[ English | B. Malaysia | Home | Sitemap | Contact Us | Login ]   
    HomeACTIVITIESPress ReleaseUTUSAN MALAYSIA - 18/6/2009

  Pulihara alam sekitartanggungjawab semua
   
 Matlasa Hitam (kanan) berbual dengan Mohammad Fazrel Ashraf (kiri), Som Jud Muniandy (dua dari kiri) dan Mohd. Khairul Effendi pada majlis meraikan kejayaan anak peneroka itu di Shah Alam, semalam.  

SHAH ALAM 17 Jun – Kejayaan tiga pelajar negara ini memenangi pingat emas pada Persidangan Antarabangsa Alam Sekitar Joensuu Way di Helsinki, Finland baru-baru ini diharap akan membuka mata semua pihak bahawa tugas menjaga alam sekitar adalah tanggungjawab semua.

Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Sdn. Bhd., (PNSB), Tan Sri Rozali Ismail
berkata, pencemaran udara dan air akan mencetuskan ketidakseimbangan alam sekitar sekali gus menjejaskan kehidupan manusia.Justeru, tegasnya, adalah penting disedari bahawa memulihara alam sekitar bukan sahaja terletak di bahu kerajaan dan agensi-agensi swasta tetapi juga semua masyarakat agar generasi akan datang dapat hidup dalam ekosistem yang sempurna.

Sebab itu, katanya, walaupun Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teloi Kanan berada di luar negeri Selangor, PNSB tidak teragak-agak memberi sumbangan kewangan sebanyak RM16,000 bagi menjayakan usaha memulihara alam sekitar sebagai salah satu tanggungjawab korporat PNSB. Beliau berkata demikian pada majlis meraikan tiga pelajar tersebut iaitu Mohd. Khairul Effendi, 17, Som Jad Muniandy, 16, Mohammad Fazrel Ashraf, 15 di Wisma Rozali di sini hari ini.

Majlis itu turut dijayakan dengan kerjasama Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (SWAN) serta Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF).
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengarah Urusan PNSB, Datuk Matlasa Hitam.

Beliau juga memberitahu, PNSB memperuntukan lebih RM200,000 pada setiap tahun untuk beberapa buah sekolah bagi membantu pelajar membuat penyelidikan terhadap kualiti air dan alam sekitar di sekitar Lembah Klang.



Print Friendly